Sunday, April 17, 2011

INDAHNYA DI SMKAP..........

Hari pertama sekolah memang menggembirakan. Inilah peluang untuk semua mencari teman baharu tidak terkecuali juga aku. Aku telah mempunyai seorang rakan yang bernama Aufa. Aufa mempunyai banyak persamaaan denganku. Antaranya sama tarikh lahir, satu dorm, sama tempat tinggal dan rupa pun ada la sama sikit-sikit.
Sedang aku dan Aufa berjalan mengelilingi sekolah, tiba-tiba aku bertemu dengan seorang kakak yang sangat indah paras rupanya. manis senyumnya dan elok pekertinya. Aku tertanya-tanya siapakah gerangan kakak itu. 
Setelah sekian lama aku menyelidiki kakak itu kini barulah aku mengetahui 'profil' kakak itu. Ternyata kakak itu adalah salah seorang pelajar yang agak sempurna imannya(alim).Selain alim dia juga mempuyai suara yang merdu lagi lunak. Buktinya dia menyertai kumpulan nasyid sekolah daan menjadi solo bagi setiap nasyid yang disertainya. Selain nasyid, dia juaga adalah antara peserta hafazan dan telah menjadi naib johan dalam pertandingan hafazan peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Terengganu. 
Aku berasa bertuah kerana duduk sebilik dengan salah seorang rakan yang mengetahui tentang dirinya iaitu Kak Midah. Kak Midah selalu menceritakan tentang dirinya kepaada diriku. Aku sangat berharap bahawa aku akan menjadi adik angkatnya suatu masa nanti. Aku akan lakukan apa saja untuk menjadi adik angkatnya.I'll fight till the end............

No comments:

Post a Comment

Followers